Stok terbaru 20 April 2012
Dapatkan banyak lagi koleksi lain di SINI–> ClothDNZeStore
Apr
08
Saya nak share tip-tip isteri menambat cinta suami & suami menambat cinta isteri
![]()
Ada 50 orang yang nak?
Sila Like & komen dengan copy ayat ini–>
“Semoga cinta kami kekal hingga ke syurga”
Di atas status profile FB saya 22 Mac lalu. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang reply komen & sudi menunggu lama tips ni
Saya kongsikan nanti tajuk buku yang saya baca mengenai tips cinta suami isteri ni ya. Berikut tipsnya:-
20 cara mendapatkan cinta suami dan membuatkanya merasa hangatnya cinta anda padanya:
Dah tau cara menambat cinta suami, jom tengok pula cara suami menambat cinta isteri. Bolehlah kongsikan di FB suami
20 cara mengungkap cinta kepada isteri :
Sama-samalah kita cuba amalkan tips cinta suami isteri di atas ya. Tak dapat 20, 5 pun jadi
Step by step lah kan. Dalam perkahwinan, kita perlu belajar pelbagai ilmu. Cinta yang dipupuk setelah berkahwin lebih bermakna & mendapat pahala. Cinta sahaja tidak cukup. Yang perlu adalah visi & misi dalam sebuah perkahwinan – perkahwinan adalah Sunnah, menambah pahala ibadah, untuk melahirkan zuriat soleh solehah.
“Semoga cinta kami kekal hingga ke syurga”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma , Madu, Za’Faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. Qaseh Kekanda dirumus khas untuk golongan lelaki diperkaya dengan herba khusus seperti Tribulus, Guarana & Ashwaganda.
Kegunaan :
Gabungan intipati Qaseh melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada system dan fungsi tubuh itu sendiri dari Darah, Saraf, Otak, Jantung dan Paru-paru, Usus, Buah Pinggang, Kulit, Rambut, Mata, Telinga, Hidung, dan Rongga Pernafasan, Tulang & Sendi, Organ Dalaman Lelaki.
Kebaikan :
Pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan fungsi tubuh badan dari segi fizikal dan emosi serta membekalkan badan dengan nutrient dan zat penting. Amalan pengilangan yang menitikberatkan kesucian fizikal dan spiritual.
Cara penggunaan :
2-3 sudu besar (10-15ml) sebelum sarapan dan 2-3 sudu besar (10-15ml) sebelum tidur
Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma , Madu, Za’Faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. Qaseh Adinda dirumus khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani
Kegunaan :
Gabungan intipati Qaseh melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada system dan fungsi tubuh itu sendiri dari Darah, Saraf, Otak, Jantung dan Paru-paru, Usus, Buah Pinggang, Kulit, Rambut, Mata, Telinga, Hidung, dan Rongga Pernafasan, Rahim, Tulang & Sendi, Ibu Hamil, Organ Dalaman wanita.
Kebaikan :
Pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan fungsi tubuh badan dari segi fizikal dan emosi serta membekalkan badan dengan nutrient dan zat penting. Amalan pengilangan yang menitikberatkan kesucian fizikal dan spiritual.
Cara penggunaan :
2-3 sudu besar (10-15ml) sebelum sarapan dan 2-3 sudu besar (10-15ml) sebelum tidur
Dapatkan segera melalui pm https://www.facebook.com/NikZaleha
message https://www.facebook.com/ClothDNZeStore
email nikhabiz@gmail.com
sms Nik Ha 017-3372042
Mar
10
Saya mencari 30 orang yang nak tips ni. Sila komen SAYA NAK ANAK RAJIN SOLAT
Tips ini saya perolehi melalui rakan FB juga. Bila saya kunjungi page tersebut saya dapati info tersebut amat-amat bagus. Saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan juga.
Sementelah saya amat mencari cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak solat terutama anak sulung lelaki yang telah berumur 8 tahun. Namun saya tidak suka dengan cara paksaan kerana dalam Islam pun anak-anak boleh dirotan hanya setelah berumur 10 tahun. Ini bermakna ibubapa punyai masa yang agak panjang untuk mendidik anak-anak agar dapat solat dengan baik setelah mencapai umur 10 tahun.
Saya kongsikannya di sini, KLIK slide di bawah:
Mengikut pengalaman dengan anak-anak saya pengenalan pada alat-alat bantu Islamik juga berkesan untuk meningkatkan minat terhadap solat. Contohnya saya belikan VCD Panduan Praktikal Solat.
Video animasi ini membolehkan anak-anak mempelajari cara menunaikan ibadah solat yang baik dan benar yang mudah di aplikasikan khususnya bagi kanak-kanak yang baru memulakan belajar solat. Ia mengandungi cara-cara:
Apabila anak rajin pakai kain pelikat abahnya, baru saya terfikir nak belikan dia kain pelikatnya sendiri.
Wah! dia begitu teruja memakai kain tersebut dan bersolat di sebelah saya dan ada waktunya dia ingin menjadi imam
Begitu juga dengan anak dara yg menjelang usia 3 thn hujung minggu depan. Begitu bersemangat memakai telekung saya sehingga nak terjatuh dek terpijak telekung yang besar & labuh tu. Memang sesuai sangat kalau saya beli telekung ni untuk hari lahir dia
Doa saya anak-anak kita semua “terikat” dengan solat kerana solat adalah perkara yang utama bagi Muslim & sebagai ibubapa saya menyeru diri saya & rakan-rakan semua untuk sama-sama memperbaiki solat kita serta berusaha mengamalkan tips di atas. Amiin..
**********************************
Jan
27
Anak-anak yang berjaya di sekolah sama ada dalam pelajaran atau ko kurikulum adalah mereka yang ada keberanian.
Berani mencapai kecemerlangan, bercakap di depan orang ramai, bergaul, bertanya apabila tidak faham, menjadi ketua, memegang jawatan, mewakili kelas atau sekolah.
Apabila anak-anak menunjukkan keberanian, mereka akan diberikan pelbagai peluang. Mereka yang aktif di alam persekolahan adalah kerana mereka berani untuk membabitkan diri dalam kelas serta program sekolah.
Keberanian membolehkan mereka mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Ini membantu anak-anak di alam dewasa nanti.
Bayangkanlah, ketika anak orang lain boleh berdikari, anak kita hendak bertanya sesuatu pada cikgu pun masih minta orang lain temankan.
Ketika anak orang lain berani ikuti program perkemahan, anak kita enggan turut serta sebab tiada kawan.
Sebab itulah anak-anak perlu ditanam dengan sifat berani pada usia muda. Berani bukanlah sesuatu yang hadir ketika lahir sebaliknya bergantung kepada cara ibu bapa mendidik dan membesarkan anak-anak.
Kita tidak mahu anak-anak berani tidak bertempat lalu dia melawan dan biadap dengan guru, merempit dan menyertai lumba haram, mencuri atau bergaduh.
Berikut adalah beberapa tip boleh dilakukan ibu bapa bagi menjadikan anak-anak seorang yang berani:
1. Usah cepat membantu anak dalam pelbagai perkara. Setiap ibu bapa sayangkan anak-anaknya tetapi usah jadikan rasa sayang sebagai alasan untuk cepat membantu mereka.
Bukanlah salah membantu anak-anak tetapi ada ketikanya anak-anak perlu mencuba dan melakukan kesilapan.
Daripada kesalahan dan kesilapan inilah mereka belajar. Ketika anak masih bayi, apabila dia mula pandai berjalan maka dia mula belajar naik tangga.
Biasanya ibu bapa akan terus dukung anaknya dan bawa naik ke tingkat atas sebab takut anak jatuh. Ibu bapa yang prihatin sebaliknya akan mengawasi dan membiarkan anak-anaknya menapak satu anak tangga ke anak tangga yang lain. Dari situ anak itu belajar.
2. Biarkan anak dimarahi guru apabila mereka melakukan kesalahan.
Ada ibu bapa yang sanggup menghantar buku latihan anaknya semula ke sekolah kerana bimbang anaknya dimarahi guru atau didenda.
Mungkin jika itu kesalahannya yang pertama, kita hulurkan bantuan dengan menghantar buku itu ke sekolah tetapi bagaimana jika masalah yang sama dilakukan si anak? Bermakna anak kita membentuk satu tabiat tidak bertanggung jawab.
Oleh itu, biarkan anak dimarahi dan didenda gurunya. Dari situ, dia belajar dan menjadi seorang yang berani menerima kesalahan dan berhadapan dengan risiko. Ibu bapa usah campur tangan.
3. Berikan anak-anak peluang bergaul. Dunia internet hari ini meluaskan pergaulan anak-anak. Mereka boleh kenal sesiapa melalui laman sembang, facebook dan twitter.
Namun, pergaulan bentuk ini tidak sama seperti pergaulan secara langsung. Anak-anak tidak boleh dikurung di rumah dan dihalang daripada keluar bersosial. Biarlah anak berkawan asalkan kita tahu siapa rakannya, ibu bapa mereka, aktiviti yang dilakukan serta lokasi pertemuannya.
Pada masa sama lakukan pemantauan sebab kita tidak mahu anak-anak terbabit
dengan aktiviti tidak sihat.
4. Dedah anak-anak dengan aktiviti lasak.
Aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah dan berenang dapat meningkatkan keberanian dalam diri anak.
Bayangkan di barat ada aktiviti ‘bungee jumping’. Aktiviti ini memerlukan kaki kita diikat dan kemudian terjun dari satu kedudukan yang tinggi langsung ke bawah. Pasti menakutkan dan menggerunkan.
Tetapi, apabila selesai mencuba, pastilah keberanian diri meningkat. Sebenarnya banyak lagi aktitivi yang boleh dilakukan bagi menguji keberanian anak-anak. Misalnya adakah anak kita berani naik ‘roller coaster’ atau sentiasa mengelak.
Jadikanlah anak kita seorang yang lasak dan berani kerana ia penting dalam pembentukan jati diri mereka.
5. Bawa anak ke majlis orang dewasa.
Berikan anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa daripada usianya.
Berikan dia ruang bertanya dan bercerita.
Pengalaman ini akan menjadikan dia seorang yang berani berdepan dengan orang ramai nanti.
Ada ibu bapa yang masih berpegang pada kepercayaan bahawa membawa anak-anak ke majlis orang tua sebagai kurang adab.
Kita tengoklah apa bentuk majlisnya itu. Memang ada yang tidak sesuai di bawa anak. Tetapi jika majlis menyambut bayi, hari lahir, kenduri atau perkahwinan, bawalah mereka.
6. Latih anak mengambil risiko.
Anak-anak perlu dilatih agar berani mengambil risiko. Ini bukan bermakna mereka melakukan sesuatu pekerjaan secara membuta tuli.
Ada bezanya melakukan kerja bahaya dengan kerja berisiko.
Memanjat pokok itu kerja berisiko tetapi jika bergayut di dahan tinggi tanpa sebarang langkah keselamatan, itu kerja berbahaya.
Begitu juga memberi peluang anak remaja belajar membawa motosikal itu kerja berisiko tetapi membiarkannya membawa motosikal tanpa memakai topi keledar dan memecut laju itu kerja berbahaya.
7. Bercakap secara positif.
Bagi menanamkan keberanian dalam diri anak, ibu bapa perlu bercakap secara positif dan sentiasa menunjukkan pada anak kita yakin serta percaya akan kebolehan dirinya.
Anak-anak juga perlu tahu dan sedar yang ibu bapanya bersedia menerima kekurangan, kesalahan dan kesilapan mereka dengan hati yang terbuka asalkan belajar sesuatu dari pengalaman itu.
Sifat terbuka ibu bapa penting bagi menjadikan anak-anaknya seorang yang berani mencuba dan bertindak.
Sebenarnya, sifat berani itu boleh dididik.
Dalam program Motivasi Alihan Pelajar, anak-anak dilatih berani tampil di pentas dan bercakap di khalayak ramai hinggakan ada ibu bapa yang menitiskan air mata terharu melihat perubahan anaknya.
Tetapi, ibu bapa perlu berkorban sedikit bagi memastikan anak-anaknya lebih berani selepas ini.
Dengan memasukkan anak-anak ke program Motivasi Alihan Pelajar, ibu bapa akan mendapati anak-anak mereka lebih bersedia berbanding pelajar lain.
Motivasi Alihan Pelajar adalah satu program motivasi yang wujud sejak 1995.
Program yang diadakan mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan.
Hubungi 03-22734622/016-5580719 atau 05-3134622/016-5580619 atau layari http://bit.ly/daftarMAP untuk maklumat lanjut.
[Sumber : Harian Metro]
Ingin membantu anak anda agar lebih berani melalui pemakanan tambahan?
Cubalah Coklat Minda di kedai online ClothDNZ
Khasiat Dan Kebaikan :
Impak Awal Semasa Pengambilan Produk :
Jan
27
SESI persekolahan 2012 sudah bermula. Pastinya pelajar sibuk menyesuaikan diri dengan pelajaran dan sekolah masing-masing.
Pelajar cemerlang ialah mereka yang cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan baru. Ada pelajar yang baru masuk sekolah iaitu mereka di tahun satu. Ada pula yang memulakan hidup di sekolah berasrama penuh. Tidak kurang pula ramai pelajar dapat guru kelas yang baru.
Apa sekalipun suasana dan keadaannya, pelajar mestilah berusaha memulakan langkah menuju kecemerlangan pada hari pertama.
Ramai pelajar yang berasakan hari pertama atau minggu pertama, itu tidak penting. Malah, ada yang ponteng kelas atas alasan guru belum mengajar lagi. Tanggapan sebegini adalah satu kesilapan.
Minggu pertama adalah penting kerana masa ini guru sibuk menyusun banyak perkara seperti jadual sekolah, melantik ketua kelas dan penolong, melantik ahli jawatankuasa kelas dan memaklumkan buku tambahan yang perlu dibeli.
Jika pelajar tidak hadir ke kelas, banyak maklumat yang tidak diperoleh dan mereka lambat menyesuaikan diri.
Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil oleh para pelajar bagi memastikan mereka boleh mencapai kecemerlangan pada Tahun 2012 ini:
Tidur awal dan bangun awal. Pelajar perlu cukup segar dan bertenaga apabila berada dalam kelas dan di sekolah. Pelajar yang aktif akan mendapat banyak ilmu dan peluang untuk maju.
Ramai pelajar terutamanya pelajar yang tinggal di asrama mengantuk dalam kelas kesan dari kekurangan tidur. Jika tidur awal, pelajar boleh bangun lebih awal, bersiap-siap awal dan ketika menunggu masuknya waktu Subuh sempat membuat sedikit ulangkaji tentang apa yang akan dipelajari pada hari tersebut.
Mulakan dengan niat dan ‘mindset’ seorang juara. Usaha dan tindakan kita bergantung kepada cara fikir kita. Kalau kita rasakan yang kita boleh maka kita pasti melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya jika kita rasakan kita gagal, apa yang dilakukan hanya separuh hati.
Ikhlaskan hati belajar kerana mencari ilmu dan kerana Allah. Soal berjaya atau tidak itu bukan urusan kita sebab hak manusia adalah berusaha dan hak Allah adalah menentukannya. Tetapi Allah itu adil. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan dengan cara yang betul maka hasilnya pastilah cemerlang.
Pastikan bersarapan pagi. Ramai pelajar ke sekolah tanpa bersarapan. Sarapan bagi seperti mengalas perut dengan sekeping roti dan minum segelas susu sudah mencukupi. Sarapan pagi penting kerana ia mampu mencergaskan minda dan memberikan tenaga. Mereka yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.
Tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Kejayaan dalam peperiksaan bermula dari dalam kelas. Ramai pelajar yang tidak memberikan tumpuan di awal sesi persekolahan kerana mereka berfikir apa yang diajarkan itu mudah dan tiada masalah untuk melakukan ulangkaji.
————————————————
Bagi membantu anak anda memberi tumpuan di sekolah mahupun di rumah, anda boleh mencuba Coklat Minda di ClothDNZ. Antara khasiat Coklat Minda ialah : 
Tetapi, jika pelajar tidak memberikan tumpuan maka mereka tidak faham apa yang diajarkan. Jika apa yang dipelajari hari ini tidak difahami maka sukarlah untuk memahami apa yang diajarkan esok hari kerana memahmi prinsip asas, istilah, teori dan sebagainya itu penting. Dengan memberikan tumpuan dari awal pelajar boleh mengenalpasti kelemahan dan masalahnya dalam matapelajaran sebelum ia menjadi serius.
Banyak bertanya dan selesaikan segala masalah dan perkara yang tidak faham segera. Satu tabiat pelajar kita ialah malu atau takut untuk bertanya. Sangka mereka apabila bertanya nanti dilabel sebagai bodoh, cuba mencari perhatian, gila glamer dan sebagainya. Akhirnya, mereka lebih selesa mendiamkan sahaja dan merelakan dirinya tidak tahu.
Pelajar sebenarnya punya beberapa pilihan untuk bertanya. Satu atau dua soalan mungkin boleh terus ditanya dalam kelas agar pelajar lain juga mendapat manfaat daripada apa yang disampaikan guru nanti. Bagaimanapun, kalau soalan itu banyak, eloklah dibuat temu janji dengan guru dan berbincang dengannya di luar waktu kelas.
Sampai saja di rumah, siapkan dahulu kerja sekolah. Jadikan ini sebagai satu tabiat. Ramai pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah kerana mereka tidak meletakkannya sebagai keutamaan. Malah, mereka tidak fikir kerja sekolah itu penting. Tujuan guru memberikan kerja sekolah bukanlah bagi menyusahkan, tetapi sebaliknya bagi memastikan pelajar membuat ulang kaji dan melakukan latihan bagi memperkukuhkan lagi kefahamam mereka apa yang diajarkan.
Rancang masa dan jadual belajar. Tanpa pengurusan masa yang betul pelajar sukar untuk cemerlang. Sebagai seorang pelajar banyak perkara dan aktiviti yang mesti dilakukan disamping masa untuk diri sendiri.
Aktiviti seperti menyiapkan kerja sekolah, kelas tuisyen, kelas agama, ulang kaji, kokurikulum, beriadah, keluarga dan sebagainya perlu diatur dengan baik agar tidak menjejaskan prestasi akademik.
Di samping itu jadual belajar juga perlu diatur bagi memastikan semua subjek selesai diulangkaji sebelum waktu peperiksaan nanti. Dengan merancang awal, pelajar dapat lihat pergerakannya sepanjang tahun dan ke mana hala tujunya tahun ini.
Ulangkaji awal. Cuba untuk lakukan ulang kaji seawal mungkin. Usah tunggu sehingga apa yang dipelajari sudah terlalu banyak baru mahu memulakan proses ulangkaji itu.
Belajar awal adalah bagi memahami, menguasai dan menyediakan nota peperiksaan. Apa yang dibaca hari ini mungkin lupa esoknya. Itu perkara biasa. Tetapi dengan sering mengulang kaji pelajar akan mudah mengingatinya dan tersimpan dalam memori jangka panjang. Pelajar yang melakukan ulang kaji awal akan lebih tenang, ceria dan teratur hidupnya.
Bagi memulakan langkah menjadi pelajar cemerlang pelajar, seseorang itu memerlukan satu dorongan agar tercetusnya momentum untuk bertindak ke arah kecemerlangan itu.
Seorang pelajar yang cemerlang juga perlu seimbang daripada segi pembangunan minda, jiwa dan rohani.
Justeru, ibu bapa perlu berkorban sedikit bagi memastikan anaknya bersedia menghadapi 2012 ini seawal mungkin.
Dengan memasukkan anak ke program motivasi seperti Motivasi Alihan Pelajar, ibu bapa akan dapati anak mereka lebih bersedia berbanding dengan pelajar lain.
Motivasi Alihan Pelajar adalah satu program motivasi yang telah wujud sejak 1995.
Adalah lebih mudah bagi mencipta kejayaan apabila kita ada mentor, tahu cara dan tahu rahsianya.
Seminar ini mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak bagi mencapai kecemerlangan.
Untuk mengetahui lokasi serta tarikh seminar, hubungi pejabat Motivasi Alihan Pelajar iaitu 03-22734622/016-5580719 atau 05-3134622/016-5580619 atau layari http://bit.ly/daftarMAP
[Sumber : Harian Metro]
Oct
18
Kami menawarkan:
Motivasi Alihan Pelajar
Program Motivasi Alihan Pelajar adalah program kami yang paling popular. Lebih 16 tahun dijalankan dan 100,000 pelajar telah menyertainya. Seminar ini bertujuan melahirkan anak-anak yang ada halatuju, membentuk sikap positif dalam diri anak, membentuk peribadi unggul, bijak mengurus masa, tahu strategi dan teknik belajar yang betul, membangkitkan nilai-nilai khalifah dalam diri dan pengisian rohani. Anak-anak akan seimbang akal (IQ), jiwa (EQ) dan rohani (SQ).
MAP Kembara
Setelah tamatnya peperiksaan UPSR, pelajar biasanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pengisian. Akhirnya, masa yang panjang habis begitu sahaja dengan bermain, berinternet, menonton televisyen, berSMS, bergayut di telefon dan pelbagai lagi. Kenapa mesti biarkan anak-anak kita melakukan perkara yang tidak berfaedah. Alangkah baiknya jika masa yang ada ini dimanfaatkan bagi meningkarkan ‘soft skills’ mereka?
Tujuan utama program ini ialah:
1) Menyediakan diri pelajar untuk masuk ke sekolah menengah.
2) Menyediakan diri pelajar bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama (sekiranya mereka mahu ke asrama penuh).
3) Mengisi masa anak-anak selepas UPSR dengan aktiviti menarik.
4) Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dan berdaya saing.
5) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam diri mereka.
6) Meningkatkan daya kepimpinan dan integriti.
7) Membongkar bakat sebenar dan kecenderungan diri.
Pengisian Program:
Pengisian terbahagi kepada 5 kategori yang fokusnya bagi meningkatkan akal (IQ), jiwa (EQ) dan rohani (SQ) anak-anak.
1) KEMBARA ILMU
- Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai tip kecemerlangan dan motivasi diri.
- Pelajar juga akan melakukan aktiviti bagi meningkatkan daya kreativiti dan inovasi mereka.
2) KEMBARA JIWA
- Aspek pembentukan sikap dan disiplin diri disampaikan.
- Pelajar juga akan menyedari dari mana datangnya emosi dan bagaimana mengawalnya. Termasuk langkah bijak menangani stres, perasaan marah, gemuruh dan mempengaruhi orang lain secara positif.
3) KEMBARA ROHANI
- Tujuan penciptaan, hubungan manusia dan Allah.
- Pemantapan tauhid dan akidah.
- Amalan zikir, doa dan pemantapan solat.
4) KEMBARA ALAM
- Hubungan manusia dengan alam.
- Hakikat penciptaan alam dan keseimbangan alam sekitar.
- Aktiviti dan riadah luar.
5) KEMBARA MINDA
- Memahami kekuatan minda sedar dan minda bawah sedar
- Aktiviti yang menguji minda.
- Kelemahan lazim minda.
Seminar Ibu Bapa Cemerlang
Seminar Parenting menekankan kepada Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif. Berikut adalah antara pengisiaannya:
- Tip mendidik anak soleh.
- Cara bercakap supaya anak mendengar.
- Kesilapan lazim dalam mendidik tapi kita tidak tahu.
- Teknik Memuji dan Menghukum.
- Cara Merangsang Anak Rajin Belajar.
- Cara Mudah Memprogramkan Minda Anak Secara Positif.
- Menjadi ibu bapa yang berkarisma.
- Beberapa kajian masalah kes yang lazim.
- Cara Meningkatkan Pencapaian Akademik Anak.
- BONUS: Rawatan Islam dan tipu daya jin,iblis dan syaitan serta langkah-langkah membentengi diri.
Pemulihan dan rawatan penagih dadah
Di MAP Training kami memulihkan penagih dadah menggunakan pendekatan yang menggabungkan perubatan tradisional, perawatan Islam dan psikologi moden. Rawatan kami mengambil masa hanya 14 Hari dan terhad kepada 5 pelatih sahaja setiap sessi.
Kalau diperhatikan setiap penagih dadah menghadapi tiga masalah utama iaitu
Sakit jasmani seperti gian, urat saraf yang rosak, perjalanan darah yang tidak lancar.
Sakit ruhani kurangnya kesedaran agama atau iman. Malah tidak mustahil ramai diantara penagih yang telah bertahun-tahun tidak solat dan berpuasa.
Masalah minda atau ingatan terhadap dadah yang sukar dikikis.
Ketiga-tiga aspek ini perlu dirawat sekiranya penagih mahu benar-benar dipulihkan. Kegagalan memulihkan salah satu dari aspek inilah penyebab utama kenapa begitu ramai penagih yang menagih semula walau pun bertahun-tahun duduk di pusat rawatan lain. Malah kajian di pusat serenti sendiri membuktikan lebih daripada 70% penagih yang keluar dari serenti kembali menagih semula. Kini kami menawarkan satu program yang pastinya memberikan anda kepuasan.
Ibubapa prihatin yang berminat untuk menyertai kursus-kursus ini bolehlah mendaftar secara online di–> http://bit.ly/daftarMAP
Oct
11
Mummy-aulia’
http://cinta-mummy.blogspot.com/2011/08/peraduan-susu-ibu-anugerah-terindah.html
26 Januari 2010, tarikh yang amat bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, perjuanganku melahirkan benih cinta ku dan suami dipermudahkan oleh Allah. Saat pertama kali melihat wajahnya, pertama kali memegangnya di pangkuan ku, dan pertama kali menyusukannya, aku rasakan satu getaran yang sungguh indah di hati ini. Betapa indahnya detik-detik itu, hingga tanpa ku sedari, air mataku menitik sewaktu pertama kali menyusukan puteri permata hatiku. Bukan tangisan kesakitan, sebaliknya tangisan syukur, tangisan bahagia. Sejak saat itu, aku tekad, aku akan terus menyusukan puteri ku ini dengan susu ibu.
Perjalananku dalam meneruskan penyusuan susu ibu buat Irdina Aulia’ binti Muhammad Fauzan tidaklah mudah. Sedari awal lagi aku tahu, sampai masanya aku perlu meninggalkan Aulia’ bagi memenuhi keperluan kerjaya ku – aku perlu mengikuti kursus selama 7 bulan bagi tujuan pengesahan jawatan. Aku sedar, ini akan menjadi masalah terbesar ku dalam perjuangan ku ini. Lantaran itu, sedari awal aku telah membuat persediaan. Aku berusaha sedaya upaya untuk menyediakan stok yang mencukupi buat puteriku. Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki kami. Stok susu ku melimpah ruah, hinggakan beberapa kali aku terpaksa membuang stok-stok lama kerana kekangan ruang penyimpanan. Malah, aku juga punya 2 orang anak susuan.^_^. Untuk 6 bulan pertama, aku berjaya menyusukan Aulia’ hanya dengan susu ibu sepenuhnya.
Sewaktu Aulia’ berusia 10 bulan, bermulalah kehidupan baru buat kami. Aku mendaftar untuk kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Waktu itu, stok yang ku tinggalkan penuh sebuah deep freezer, ruangan freezer peti sejuk ku, dan beberapa ketul lagi ku tumpangkan di freezer rumah ibu ku. Namun kesilapan ku dan suami, kami ‘layankan’ saja perangai Aulia’ yang tidak suka makan dan lebih banyak minum susu. Bayangkan, suamiku memaklumkan yang Aulia’ minum 14x4oz susu setiap hari! Akhirnya, stok yang banyak itu pun tidak mencukupi buat Aulia’.
Maka dengan hati yang berat, bermula Jun 2011, aku terpaksa memberikan susu formula buat Aulia’. Memang aku sedih, tapi aku percaya, aku telah melakukan segala yang terdaya. Kata suamiku, apa lagi yang tidak aku lakukan. Sejak November 2010 hingga Jun 2011, aku telah berusaha. Walau sibuk menjalani kursus yang padat dengan kelas, aktiviti fizikal & penganjuran majlis, namun aku tetap mengepam. Ke hulu ke hilir aku sentiasa membawa peralatan mengepamku. Walau menghadiri modul Wataniah di kem baru yang tiada kemudahan peti ais, aku tetap mengepam. Malah, aku sanggup memohon kebenaran daripada pihak tentera untuk membawa deep freezer ku sendiri ke kem. Dengan deep freezer itu juga, 4 lagi ibu lain turut dapat menyimpan stok susu mereka sepanjang mengikuti modul tersebut. Alhamdulillah..
Suami ku juga memberikan sumbangan yang amat besar. Sepanjang ketiadaanku, dia lah yang menguruskan hal-hal berkaitan susu Aulia’. Dialah yang berjaga di malam hari, memanaskan susu, menyusukan Aulia’, menidurkan Aulia’, menyiapkan baju & bekalan susu ke taska..sewaktu stok susu ku semakin berkurangan, dialah yang mengambil inisiatif untuk membuat sendiri jus kurma buat Aulia’, agar Aulia’ tidak perlu meminum susu formula.
Kini, pada usia menghampiri 19 bulan, Aulia’ masih menyusu susu ibu walaupun tidak lagi sepenuhnya. Aku juga telah tamat kursus pada 15 Julai yang lalu. Sehingga kini, aku masih berusaha gigih untuk kembali menyimpan stok buat Aulia’. Aku masih berharap agar aku akan dapat kembali menyusukan Aulia’ sepenuhnya dengan susu ku. Perjalanan ku bukan mudah, aku telah melalui ‘zaman kegemilangan’ sekali pam dapat 3 botol, aku juga pernah mengalami ‘zaman kemerosotan’ sekali pam hanya 1.5 oz. Namun aku tidak sesekali akan menyerah. Malah, Aulia’ tidak akan ku berikan susu formula sekiranya aku ada bersamanya. Kerana bagi ku, saat-saat menyusukan Aulia’ di pangkuanku adalah saat terindah yang aku rasakan sebagai seorang ibu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, atas anugerahMu yang tidak ternilai ini. Aku benar-benar merasa bahagia. ^_^
Suhaili binti Mohamad Zahidi
Putrajaya
- berkursus selama 7 bulan
Tempat Kedua :
Hunny Ida
http://airielsjourney.blogspot.com/2011/08/peraduan-susu-ibu-anugerah-terindah.html
Bismillah pembuka bicara …….
Tatkala mengimbau semula sebuah catatan perjalanan pada 1 Ramadhan 1432H ini, saat terindah bersama putera hati masih aku nikmati hingga ke saat ini. Syukur Ya Allah atas izin-Mu. Buat kedua kalinya aku berkongsi catatan perjalananku yang tidak seberapa namun sunguh manis dan masih ku rindui dengan olahan yang berbeza..Tujuannya sama, berkongsi sebuah perjuangan demi permata hati…Hingga kini aku masih meneruskan penyusuan susu ibu meskipun permata hatiku bakal mencecah 2 tahun 6 bulan bahkan kami berdua belum bersedia untuk bercerai susu. Memang benar kata orang-orang tua, makin lama menyusu makin sukar untuk berpisah.
Adakah kerana aku tidak sanggup menghadapi kehilangan atau si kecil yang masih memerlukan susu ibu? Jawapan tiada padaku kerana kini aku berserah kepada takdir dan keadaan yang ditentukan. Kepenatan seharian bekerja lenyap sebaik sahaja bibir kecil itu menagih seteguk susu yang dinanti seharian. Bahkan Airiel yang semakin petah berkata-kata membuatkan hati berbunga riang. Makin pandai merajuk tatkala daku mengusik dirinya agar berhenti menyusu atas alasan Airiel sudah besar. Abang Aiman juga sering mengajuk Airiel agar berhenti menyusu namun dipandang sinis oleh Airiel.
Indah sungguh kurniaan Illahi namun aku harus akur satu hari nanti saat itu pasti tiba..masih berat rasa hati untuk berpisah..apabila kami bersama tiada sepatah kata yang bisa menggambarkan betapa kebahagiaan merajai kami. Sesungguhnya aku masih merindui saat mengepam di pejabat. Masih terasa kehangatan dan keterujaan bersama teman-teman seangkatan mengepam di surau sambil berkongsi cerita. Namun hingga saat terakhir aku mengepam, hanya aku seorang yang masih tegar meskipun melangkau 2 tahun kerana teman seangkatanku sudah berhenti mengepam atas kehendak masing-masing..Masih segar di ingatan ketika sedang asyik berceloteh sesama kami, tidak terasa botol penuh terisi susu ibu. Alhamdulillah….
Namun, aku harus redha atas ketentuan Illahi yang selama ini mengizinkan aku melaksanakan perjuangan ini…Kini hampir 3 bulan aku meninggalkan tugas rutinku sepanjang 2 tahun 3 bulan dengan linangan air mata. Bukan kemahuanku tetapi puteraku hanya mahu susu terus dariku…Aku pasrah dengan kehendak putera hatiku..Meskipun aku hanya mengepam 1 kali sehari di saat terakhir sebelum berhenti sepenuhnya namun aku masih bisa memperolehi 8 oz…Syukur…Terasa kekosongan dan kesepian yang amat ketara namun terubat apabila memikirkan pam Avent Isisku kini berjasa kepada temanku Nurul Aina Shamsuddin yang berada di Ipoh, Perak. Tatkala mengepos pam, sayu dan syahdu rasanya memikirkan pam akan merantau jauh tapi daripada dibiarkan terperuk di dalam kotak lebih elok berjasa untuk mama lain.
Jika diimbas kembali perjalananku selama 2 tahun 3 bulan, pelbagai onak dan duri, ranjau berliku yang daku tempuhi namun tidak sama dengan kebahagiaan dan kenikmatan yang permata hatiku perolehi bahkan kenangan terindah yang tersemat di kalbu diriku. Meskipun perjalanan aku tidak segetir mama lain namun bagi diri ini yang bangkit dari kegagalan kali pertama, semuanya bermula dari bawah. Bahkan aku pernah jatuh tersungkur dan patah semangat. Ilmu penyusuan susu ibu telah aku kutip merata-rata namun keadaan sekeliling tidak memberi perangsang untuk meneruskan penyusuan. Ia menjadi iktibar kepadaku untuk meluaskan pencarian mengenali ibu-ibu yang sealiran denganku. Bahkan sepanjang mendapatkan pemeriksaan kehamilan, aku tidak didedahkan secara praktikal ilmu penyusuan susu ibu meskipun aku menjalani pemeriksaan di Klinik Rakan Bayi. Semua ilmu yang aku perolehi adalah melalui pembacaan buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya yang aku beli sebelum kelahiran dan laman web berkaitan susu ibu.
Semangat menjayakan penyusuan masih menebal di sanubari bagi menebus kesilapan lalu. Maafkan mama MOHD AIMAN HAIMAL atas kekhilafan mama ketika dahulu. Namun mama bersyukur kerana dapat menyusukan dirimu selama 2 bulan dengan susu mama..Untuk itu, akan mama tebus kembali dengan kelahiran adikmu. Terasa bahagia apabila melihat ibu-ibu muda yang tekad untuk menyusukan anak pertama mereka. Betapa mereka beruntung kerana mendapat pendedahan dan informasi tentang kepentingan menjayakan susu ibu. Tahniah semua..
Cabaranku bermula saat putera hatiku yang kedua dilahirkan ..MOHAMAD AIRIEL HAFIQIE…Tanggal 14 Februari 2009 jam 4.59 petang berat 3.78kg di Hospital Selayang, aku selamat melahirkan permata hati yang kedua secara pembedahan sama seperti kelahiran terdahulu. Sebelum ini, doktor menjangkakan aku bisa melalui kelahiran secara normal namun ketentuan Allah tidak dapat kita halang. Sudah tertulis aku tetap melahirkan si kecil secara pembedahan atas masalah kesihatan. Saiz bayi yang mencecah 4kg tidak membolehkan aku bersalin normal atas faktor tulang pelvis kecil. Setelah 2 kali melalui proses kelahiran secara pembedahan maka doktor hanya membenarkan aku melahirkan anak sebanyak 3 kali sahaja. Hingga kini aku belum berniat untuk menambah anggota keluarga meskipun sang puteri belum menemani dapur ku …..
Kesukaran dan cabaran yang bakal aku hadapi tidak hanya terhenti di situ sahaja. Keadaan aku yang perlu menjaga luka pembedahan membuatkan pergerakanku terhad. Namun aku bersyukur kerana selepas kelahiran sahaja, aku berjaya menyusukan Airiel bahkan jururawat memuji tindakan aku. Buat pertama kalinya cairan kolostrum mengisi perut bayiku hingga menitis air mata tatkala momen terindah itu. Tegukan demi tegukan mengisi perut kecilnya dan hanya dilepaskan pabila terasa kekenyangan sekaligus terlelap dengan senyuman manis di bibir. Indah sungguh saat itu…
Lebih syahdu ketika keluar dari dewan pembedahan, aku ditolak keluar bersama-sama bayi berbanding sebelum ini. Aku dan Abang Aiman keluar secara berasingan bahkan hanya bertemu di wad. Tiba saat penyusuan merupakan cabaran seterusnya yang perlu aku lalui. Bukan mudah untuk bangun secara sempurna jika melalui proses melahirkan secara pembedahan namun berbekalkan pengalaman lalu, aku berjaya bangun untuk menyusukan Airiel. Pelbagai posisi aku lakukan bagi memastikan aku selesa menyusukan Airiel. Posisi berbaring (lying down) merupakan kegemaranku hingga kini kerana tidak banyak pergerakan namun aku pernah ditegur oleh jururawat kerana sering menyusu posisi ini. Katanya terlalu rileks dan tidak banyak pergerakan namun jika diperhatikan keadaan aku, posisi ini yang sesuai dan selesa. Aku pernah mencuba posisi mendukung bersilang (cross cradle hold), mendukung (cradle hold), dan mendakap (football hold) namun kurang menambat hati. Sepanjang 3 hari di hospital, aku menyusukan Airiel sepenuhnya. Tatkala itu juga bayiku tidak terkena jaundis.
Aku jangkakan cabaranku sudah berakhir namun ketika minggu awal berpantang aku mengalami bengkak susu bukan kerana bayi tidak menyusu. Ini berlaku kerana puting ku luka meskipun aku telah belajar menyusukan bayi di posisi yang betul dan lekapan yang ku kira betul. Betapa perit tatkala meneruskan penyusuan hingga suamiku menyarankan agar si kecil disua susu formula sementara menanti putingku sembuh. Maafkan aku duhai suami tersayang kerana menolak sarananmu itu. Demi putera kita akan ku cekalkan hati. Bahkan tidak sekali-kali aku mengalah seperti sebelumnya kerana ketika kelahiran anak sulungku, aku turut mengalami masalah yang sama bahkan susuku bercampur dengan darah tatkala dihisap oleh bayi.
Dalam kesakitan, aku tetap teruskan sesi penyusuan bahkan mulutku tidak henti-henti berzikir memohon ketenangan dan kekuatan. Alhamdulillah, akhirnya masalah puting luka dan bengkak susu dapat aku atasi. Sepanjang menangani masalah ini, aku merujuk kepada buku dan orang sekitarku yang boleh memberi petua. Ada yang menyarankan agar aku melekap payudara dengan kobis bahkan menggunakan sikat. Tidak lupa juga ada yang menyuruh aku menyapu luka dengan krim dan susu badan sendiri. Aku turut menggunakan pam yang aku beli bagi mengatasi masalah ini namun hasilnya hampa belaka.
Menyentuh tentang pam, aku ada pengalaman yang menyedarkan diri sendiri. Jangan kedekut untuk melabur membeli pam yang berharga RM200 jika hasilnya memberangsangkan. Jika tidak mampu, simpanlah duit sejak mula hamil lagi. Bukan aku mempromosi keberkesanan pam mahal dan membelakangkan pam murah namun ini hasil pengalaman aku sendiri. Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan. Atas pengalaman peribadi dan faktor kewangan yang membataskan membuatkan aku membeli pam jenama Pureen Manual. Keinginanku untuk mengepam sepanjang berpantang bagi mengumpul stok terbantut begitu sahaja kerana kegagalan pam ini berfungsi dengan sebaiknya. Bahkan aku pernah mencuba mengeluarkan susu secara picitan yang baru ku kenali sebagai MARMET. Namun hasilnya kurang memuaskan mungkin kerana kurang mahir namun berjaya mengurangkan bengkak susu.
Sehingga saat kembali bertugas, tiada sebotol pun bekalan susu untuk Airiel sepanjang berada di dalam jagaan pengasuh. Namun aku bertekad aku akan menyusukan Airiel sebaik sahaja aku pulang ke rumah dan sepanjang bersamanya. Maka hari pertama Airiel ke rumah pengasuh berbekal susu NAN 1. Sepanjang bekerja juga habis bajuku lencun kerana mengalami bengkak susu dan pam yang aku bawa tidak membantu langsung proses pengosongan payudara. Sehingga satu tahap aku mengalah dan putus harapan. Selama 2 hari bertugas, aku menghadapi keperitan yang amat sangat hingga menitis air mata.
Sehingga satu hari seorang teman yang kebetulan baru naik bertugas seperti aku meminjamkan pam Avent Isis yang sedang digunakannya. Alhamdulillah baru sebelah mengepam, aku perolehi 4oz. Bahkan beliaulah yang menyarankan aku untuk meminjam pam daripada Puan Hanna Shafinaz yang tidak menggunakannya. Terima kasih Puan Murzilawati atas semangat dan dorongan anda dan tidak lupa Puan Hanna atas jasa beliau.
Dengan penuh rasa rendah diri, aku meminjam pam tersebut dan bermulalah sesi pengepaman di pejabat. Bekalanku tidak semeriah mana namun sebelum Airiel berumur 1 tahun, aku mengepam sebanyak 3 kali di pejabat iaitu jam 10.00 pagi, 1 tengahari dan 3.30 petang. Setiap kali sesi mengepam aku mendapat lebih kurang 8 oz bahkan kadang-kadang 12oz. Sepanjang berada di jagaan pengasuh, Airiel minum 5 botol susu yang berisi 4oz setiap satunya. Akhirnya, aku berjaya membeli pam sendiri menggunakan duit yang ku perolehi ketika menanggung kerja. Syukur, alhamdulillah perjuangan aku dipermudahkan.
Bercerita tentang Airiel, semenjak minum susu formula bayi kecilku mula mengalami masalah pembuangan air besar. Airiel mengalami masalah pembuangan air besar di mana hampir 1 minggu tidak berak. Aku mula mencuba pelbagai jenama susu namun semua gagal mengatasi masalah pembuangan air besar Airiel. Segeraku bawa untuk pemeriksaan namun doktor menyatakan anakku tiada sebarang masalah. Saat itu, aku terfikir masalah ini tidak wujud ketika aku menyusukan Airiel sepenuhnya. Selain itu, pengasuhku juga mengalami masalah memberi susu melalui botol di mana Airiel tidak mahu menghisap. Pelbagai jenis puting telah ku cuba dan akhirnya aku mencuba puting MAM dan berjaya. Pengajaran buat diriku dan ibu-ibu lain, kita perlu melatih bayi minum melalui botol sebelum memulakan semula tugasan di pejabat. Bahkan kini, aku selalu menyarankan kepada bakal-bakal ibu agar mengumpul bekalan susu ketika berpantang dan melatih bayi minum melalui botol bagi mengelakkan mereka melalui saat getir sepertiku.
Sejujurnya ingin aku nyatakan bahawa di peringkat permulaan aku tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari suami yang hanya berfikir aku hanya hangat-hangat tahi ayam. Namun telah aku buktikan kesungguhan bagi menjayakan penyusuan susu ibu dengan iltizam dan keazaman aku menyusukan putera hati kami. Akhirnya suamiku memberikan sepenuh sokongan bahkan menggalakkan aku menyusu selama yang boleh apabila melihatkan kesihatan Airiel yang memberangsangkan dan ketegaran aku. Bohonglah jika dikatakan anak yang menyusu susu ibu tidak akan jatuh sakit namun anak ini mudah sembuh dan jarang sakit berkat susu ibu. Aku juga bersyukur kerana adik perempuanku mengikut jejak ku untuk memberikan susu ibu buat anaknya.
Sebagai ibu bekerjaya dan berada di bidang penguatkuasaan sudah pasti aku terlibat dengan operasi malam. Sebagai ibu yang menyusukan anak ia sedikit sebanyak mencabar ketabahanku. Namun aku berjaya buktikan walaupun aku bertugas di luar waktu pejabat namun sesi memerah tetap diteruskan tanpa prejudis. Operasi malam selalunya bermula jam 6.00 ptg hingga 4.30 pagi. Aku biasanya memerah di R&R Plaza Tol samada di surau bahkan aku pernah mengepam di dalam tandas yang serba kekurangan.
Demi si kecil aku kuatkan semangat kerana tandas plaza tol kurang menyenangkan namun aku tetap meneruskan aktiviti memerah sambil menjaga kebersihan. Alhamdulillah…Semasa memerah susu di surau R&R seringkali aku ditegur oleh para petugas plaza tol bahkan kakitangan agensi lain yang turut sama berada di dalam surau. Rata-rata memuji ketegaran aku mengepam dan memberi kata-kata semangat. Tiada alasan yang boleh membataskan kita untuk menyusukan anak meskipun kita bekerja di lapangan.
Aku juga pernah mengepam ketika menghadiri seminar di sekitar Kuala Lumpur. Tiba saat mengepam, aku pasti akan menyelinap keluar menuju ke arah surau untuk memulakan aktiviti rutinku. Jika seminar tersebut seharian maka aku akan mengepam 3 kali sehari sepertimana jika aku berada di pejabat. Malah aku pernah diusik oleh teman-teman sepejabat sebagai pengepam tegar@ Otai Susu kerana tidak pernah meninggalkan cooler bagku. Sepanjang 2 tahun aku mengepam, tidak pernah tersandang di bahu beg tangan hanya beg pam yang berwarna hijau.
Jika diperhatikan, aku bukan seorang hardcore dalam proses pengepaman. Ini adalah kerana aku lebih banyak mengepam ketika berjauhan dengan si kecil berbanding ibu-ibu yang lebih tegar. Aku pernah mengepam selepas si kecil menyusu namun tiada setitis pun yang keluar. Oleh itu, aku beranggapan payudaraku telah kosong sepenuhnya dengan bantuan si kecil. Namun aku bersyukur dengan izin Illahi bekalanku masih mencukupi untuk mengisi perut si kecil sepanjang ketiadaanku.
Dusta jika dikatakan aku tidak pernah mengalami masalah bekalan susu merundum. Namun aku berjaya atasinya dengan bantuan EBM yang serba kekurangan. Ketika melalui saat ini, aku niatkan di dalam hati dan berdoa ke hadrat Illahi agar dipermudahkan urusanku. Pelbagai jenis milk booster yang aku ambil untuk memperbanyakkan susu seperti longan, kurma, kismis, susu dan paling aku sukai Rosell. Sehingga kini pun jika aku minum air rosell pasti payudaraku penuh seperti dahulu. Bayangkan aku yang sudah 2 tahun 6 bulan masih merasa keadaan seperti awal penyusuan dahulu. Alhamdulillah….
Pernah aku tidak tidur malam kerana memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan susu. Aku mahu mengapai kejayaan yang penuh kemanisan itu. Harus aku akui bahawa sepanjang perjuangan ini, pelbagai dugaan telah aku lalui yang mana kadangkala membuat jiwa ini merintih dan patah semangat. Namun, kekuatan dan semangat semakin membara tatkala melihat sekujur tubuh kecil yang sedang membesar, memerlukan pengorbananku yang tiada tandingannya. Langkahku atur semakin kemas bersama tiupan semangat sang suami yang berada di sisi.
Saat susu ku merundum, segera aku dapatkan rakan-rakan di Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan atau moms@KIM. Meskipun kami hanya bertemu di alam maya namun tiada istilah kedekut ilmu. Di sana aku cari ilmu dalam mengatasi cabaran dan halangan sepanjang perjuangan ini. Demi merealisasikan perjuanganku untuk permata hati, tanggal 5 Julai 2010 aku tintakan semua perjalananku dalam sebuah blog yang aku namakan http://airielsjourney.blogspot.com. Meskipun kini aku telah berhenti mengepam, namun tetap aku teruskan catatan di sana sebagai tanda kelahiran sebuah blog yang merakam semua kenangan terindahku.
Sepanjang perjalanan menyusukan anak, telah banyak kata-kata negatif dan sindiran yang aku terima. Kadangkala terlintas di hati mengapa bukan kata-kata dorongan yang diberi dan melihat perjuanganku dari sudut yang positif? Aku berjuang untuk putera hatiku bukannya untuk menunjuk-nunjuk aku banyak susu. Namun ia sebenarnya menjadikan aku lebih bersemangat dan kuat. Melihat putera hatiku membesar sihat dan bijak membuatkan hati ini bersyukur. Telahku buka mata semua yang memandang sinis padaku sejauh mana ketegaranku dengan melaksanakan misi penyusuan susu ibu lebih 2 tahun.
Yang pasti detik indah antara aku dan putera hatiku adalah Anugerah Terindah yang selamanya tersemat di kalbu seorang wanita, isteri dan mama bernama NOR HASIDAWATI BT HAMID .
- menyusu setelah bersalin melalui pembedahan
- bengkak susu, puting luka
- kurang dapat sokongan di peringkat awal
- bekerja shift malam
Tempat Ketiga :
Saraa
http://saradiaries.blogspot.com/2011/08/peraduan-susu-ibu-anugerah-terindah.html
There’s nothing more precious and rewarding
To feel and hear his first sucking
Looks so cute and comfort in mummy’s hold
Feeling warm and joyous to hold his tiny hand
There’s nothing can challenge the power of breastmilk
A gift from Allah to a woman, to a mom
To feed the future, to feed her child
Feeling guilty not to carry this responsibility
Such a biggest challenge when he had high jaundiced
What a very tough time in his first few days of life
He was so restless, sleepy, hardly woke up
Have done so much effort to ensure he is well-fed
Breastpump was used to treat the swollen breast
Thick and yellow colostrum was readily available
But he still asleep
Got no choice but have to bottle-fed him
He drank 1-2oz then he sleeps again
And hardly woke up for the next 2 hours
Until day 5 of life, he admitted to neonatal intensive care unit
Nurses claimed mummy doesn’t have enough milk
They insist to give him formula milk. “NO!! I have enough milk”
Mummy handed them a 6oz of expressing breast milk
Surprisingly asked “Wow..How do you manage to get this amount of milk?”
Mummy just smile. “I’ve told you beforehand…”
Unfortunately, a bundle of formula milk waited on the counter tops
Ready to be served to unfortunate babies!
They don’t allow direct breastfeed
I wonder how “Breastfeeding-Friendly Hospital” treated us like this?
“Since he has high jaundiced, he can’t stay outside the phototherapy lamp..”
What a silly?? Don’t they think breast milk is the best for baby??
Mummy was very upset!! Anger started to rush in nerve systems!!
They also do not allow rooming in with baby
So worried if they feed him with formulas
Hardly can’t sleeps and frequently went to the baby’s room
To handed an expresses breast milk
To ensure he’s doing fine
Until they feel irritating and allow direct breastfeeding
So relieve when the next day mummy can rooming in with baby
The jaundiced level has dropped, baby wake up quite often
Start crying out loud, poo and pee very well
Until the day we finally discharge from that “annoying” place.
Another challenge is when mummy has to return to work
To leave her melting-heart baby in a daycare
To use machine to produce milk
When the supply and demand is not aligned
When stress level arising in a scene
Feeling so helpless
Yes, mummy need to be calm, to be happy
Remember his cute smile and giggle
Looking at his picture while pumping a milk
Those eyes have a power to fade the pain away
Good enough to made my day
Nothing is impossible
To ensure enough supply of the precious
To ensure the quality of the precious
To ensure the very best to flow in his heart and veins
Pray and tawakal to Allah is the key
On 25th Aug 2011, AKIF DARWISH BIN UMAR ABDUL AZIZ will turn 5 months old
Exclusively drinks mummy’s milk ONLY
May he grows healthily, become a good Muslim.
INSYAALLAH, THE JOURNEY WILL NOT END UNTIL ALLAH SAYS SO.
That’s a Promise.
Saguhati :
Lyddia
lyddiasaffai@yahoo.com
anak sulongku dilahirkan pada 28 oct 2009, pada pukul 530 am…
semasa aku mengandungkan anak pertamaku,, aku telah niat
1. untuk memberi susu ibu sepenuhnya untuk bayiku
2. selepas sesaat dilahirkan akan ku dakap bayiku erat dah terus memberi si kecilku susu ibu…
inilah tarjet aku..
namum kite hanya mampu merancang,,, Allah yang menentukan nya.
Pada 27 oct 2009, aku telah diperiksa dan bukaan rahim telah 3 cm dan aku di jadual untuk ”índuce of labour’. pada 8 pm aku ditolak masuk ke dalam labour room and air ketuban telah di pecahkan.. bermulalah…. kesakitan…
10 jam aku bertarung nyawa , menahan kesakitan… suamiku setia menanti di sebelah . pada pukul 430 aku di arah kan oleh dr untuk meneran.. aku cuba ..aku x daya.. aku cuba lagi.. pada pukul 530 am.. dengan nafas yang panjang aku berjaya melahirkan bayi yang comel..namun aku lemah..
jururawat telah meletakkan bayiku di atas perut ku… aku hanya pandang n usap sedikit badan dia, dan suruh suami mengambil bayi comel itu untuk di azan kan.. aku takut nk pegang lame2.. takut aku terlepas.. senua tenaga aku abis…
1. aku gagal memeluk erat bayiku…..dan memberi nya susu ibu saat dilahirkan..
dugaan meninpa lagi.. bayiku tidak pandai “latch on”.. dengan penat yang x hilang lagi.. aku kuatkan semagat .. untuk menyusu bayiku.. namum.. sedihnya hati .. malam pertama bersama bayi.. aku terpaksa memberi susu formula untuk bayi ku kerana bayiku kekurangan air.. mulut nye berkerak.. aku rela… sebab si comel ku yang diberi nama muhammad aqil tidak henti2 mengagis.
mmmmm,,, mulai saat itu.. aku pon memberi susu formula pada aqil…
aku cuba untuk mencari pakar laktasi untuk membantu.. tapi sume kena pergi ke pejabat dia.. aku pantang kat kg…
aku cuba jinak2 kan aqil kat puting tapi.. mengagis x hingat..aku pula kurang ilmu dan penat.. aku x amalkan pumping sekerap mungkin.. aku pump sekali sekala shj..
sampai aku abs pantang, .. kau tekad untuk relaktasi aqil semula…. aku berjumpa dengan pakar laktasi….dan segala nasihat , tunjuk ajar, ubatan yang perlu dimakan, tido yang x cukup.. aku redahkan jua… alhamdullialh aku dpt menyusu bayiku smpi umur 6bln..
tapi semua pengalamn itu adalah amat berharga.. dan yang paling jadi kenangan adalah gambar ini.. tiap kali aku tatap gambar ini.. aku jd sayu dan geram,, sedih dan marah.. kerana aku telah gagal dalm semua ‘target aku”…
gambar.. si aqil menagis kerana terpaksa breastfeed.. dalam tidak rela dia minum susu ku..:)kenagan terindah buatku.. kali pertama bayiku meminum susu ibu..
- masalah latch on
- relaktasi
Asmahliza
I was upset for the 1st baby because I am not success in breast feeding. Four years ago, my 1st son, Aqeel Ryan got jaundice and without enough knowledge about breast feeding also support from others especially my mother in law and hubby, finally I gave him formula milk which I think the expensive milk is the best milk. Oh god! how can I think like that on that time!!! For the 2nd baby, Awra Zulaikha I was set my mind to breastfeed my baby in whatever conditions and situations. When I know I was pregnant I want to breast feed my baby. I read all about breast feed and all the knowledge I will apply to my baby.
Delivered at not friendly baby hospital is my challenging in breast feeding journey. I was breast feeding my baby when she is in week 2 after delivered. Otherwise I only pump my breast and gave her using bottle feeding. I think quite late to give her my breast but I am not give up. This is happened because my milk flow was slow and my baby still in learning to got my breast. When I on confinement period, my mother in law was taking care of us. She always told me when I come back to work please top up milk with formula milk. The reason because my milk will not enough to my baby. Again and again I set my mind my milk will enough and I ignore what she say to me. I keep on pumping even though my milk only got 1oz to 2 oz only. I always read all the website about breast feeding and when I got problems I will always refer to peer counselor in susuibu.com. Private message to PC almost every time I got confusing and problems every thing about EBM and BF.
I had upset with my milk on that time when I was pumping and only got 2oz for side by side. I have ignored the negative thinking because I will stress so when the first day I came to work, I was pumping on the way to my office in the morning and amazing happened to me I think the first time in my life I got 4oz. Wow!!! Surprise!! I am very happy and now I believe that my milk is enough to my baby. Now, my daughter turns 5 months old on 10th Aug 2011. I have exclusively breast feed her until now and will continue until she 2 years old. Even though I am the only one arrange everything about EBM & others but I always happy. I was join support group meeting in JB, I join all about BF events and classes when I have time. Hopefully one day I will become peer counselor to help all mothers outside there in breast feeding.
Love & happy breast feeding!
Sep
30
Type of Clothing (Jenis Pakaian)
Type 2
Type 3
Sesuai untuk semua jenis Baju Kurung Menyusu, Jubah Menyusu dan Blaus Menyusu.
Lapisan dalam dengan 2 bukaan untuk menyusu
Leher Labuh untuk memudahkan penyusuan.
Type 4
Kolar ‘V’ atau ‘U’ labuh dengan lapisan dalam, Slot Menyusu (Kiri dan Kanan) pada lapisan dalam
Type 5
Sesuai untuk Baju Kurung Pesak Menyusu, Kurung Pahang Menyusu dan Kurung Moden Menyusu.
Zip/butang tersembunyi yang strategik untuk Baju Kurung Moden Menyusu BlingBuubies
Langkah 2: Pilih aksesori tambahan / fesyen tambahan untuk baju anda (Sekiranya ada)
Additional Feature (Tambahan Aksesori)
| Buttoned Cuff |
| Stretchable Cuff |
| Kain Susun Belakang |
| Kain Lipat Depan |
|
|
Langkah 3: Isi borang tempahan di SINI–> Tempahan Baju Menyusu
Langkah 4: Poskan ke alamat yang akan diberi melalui email
Langkah 5: Lakukan pembayaran melalui no.akaun yang akan diberikan melalui email
Sep
16
Aug
31
Tempat Pertama :
Nursing Abaya dari ClothDNZ
Sticker BF dari ClothDNZ
Tempat Ke-2:
Nursing Kurung dari ClothDNZ
Sticker BF dari ClothDNZ
Voucher RM20 dari LittleOne’s Closet
Tempat Ke-3:
Nursing T Shirt Muslimah dari ClothDNZ
Sticker BF dari ClothDNZ
Saguhati:
1 botol habbatussauda + 1 sample madu Ariffbillah
1 botol habbatussauda + 1 sample madu Ariffbillah
Hadiah Peserta Pertama :
Mini T BF Sticker
Hunny Ida
Asmahliza Kamarolzaman
Lyddia Saff
Saraa
3 x Habbatussauda & 3 x Madu dari Ariffbillah
Voucher RM20 x 3 dari LittleOne’s Closet
Peserta perlu Like fb page LittleOne’s Closet